Dalam perjalanan nampak Kiosk Ramly Burger yang baru beroperasi di Putrajaya. Kami plan untuk jadikan santapan tengahari kami. Saya sudah check di website Ramly tapi tiada maklumat alamat untuk Kiosk Ramly terbaru ini. Mungkin masih belum update ke dalam portal.
* Gambar dari tepi jalan
Susun atur dalaman agak kemas tapi nampak sempit sebab mereka jual produk sejuk beku sekali disitu. Patut di letakkan satu sudut khas untuk sudut sejuk beku bagi mengelakkan ketidakselesaan pelanggan yang sedang menikmati hidangan apabila membelakangi mereka semasa pelanggan lain yang sedang memilih untuk membeli produk sejuk beku.
* Gambar bahagian dalam Kiosk Ramly
Susun Atur hidangan kepada pelanggan berkonsep mcD. Perlu ditambah warna yang lebih menarik bagi setiap pembungkusan makanan bagi menarik minat pelanggan.
* Gambar set yang kami pilih
Harga hidangan juga tidak terlalu mahal jika hendak dibandingi dengan suasana selesa kedai. Saya biasa makan nasi campur + air pun dah cecah RM9-RM10 untuk seorang. Untuk Ramly kiosk RM13 untuk 2 orang makan. Sangat berbaloi untuk pilihan bajet. Dan harga Jualan tiada cukai kerajaan.
* Harga bagi 2 set burger RM13..paling suka tiada Goverment Tax
* Anak happy sebab dapat mainan MEN dier.
Rasa Hidangan : 3 Bintang / 5 Bintang
Ohhh... dah ada kiosk kat Putrajaya yea... mesti ramai yang bakal terjah nanti.. mantap!!!
ReplyDelete