Barang pertama yang saya capai adalah 4 kotak twin pack susu sustagen junior +1 dengan harga RM61.70 sekotak masuk dalam troli. Bulan nie agak mahal sedikit berbanding bulan-bulan lepas sekitar RM58.++. Naik tingkat atas untuk ambil 2 pack pampers pet-pet size L dengan harga RM33.90 setiap pack dan 2 pack pampers drypers size S dengan harga RM36.90. Terus tepuk dahi apasal bulan nie mahal sangat pampers di mydin bulan nie. Biasanya pampers pet-pet dan drypers tak
sampai RM33.00 untuk setiap pack.
27/09/2014 - hari sabtu singgah sekejap kedai sengsei yang biasa keluarga wife beli untuk susu dan pampers.Terus mintak seperti senarai dibawah.Total RM427.00. Dapatlah jimat hampir RM30 berbanding beli di Mydin PutrajayaTerus call wife yang berkursus di JB selama seminggu
Saya : Asalamualaikum..
Wife : Walaikumsalam..
Saya : Semalam beli susu anak berapa ringgit?
Wife : Tak ingatlah..tapi rasa macam RM56.++
Saya : Okey..beli susu dan pampers kt JB je lhLepas call wife terus letak balik susu dan pampers yang dah diambil.
1. 4 kotak twin pack susu sustagen junior +1 dengan harga RM56.60 sekotak
2. 1 kotak twin pack susu S26 rumusan 1 dengan harga RM74.90 sekotak
3. 2 pack pampers pet-pet size L dengan harga RM33.90 setiap pack
4. 2 pack pampers drypers size S dengan harga RM31.50 setiap pack