Wednesday, September 14, 2011

Babi Lagi Chapter One: Sos Babi

Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan..

Islam adalah agama persekutuan mengikut perlembagaan persekutuan.Tapi banyak benda yang kita boleh tengok benda yang tidak berunsurkan islam.Bukan hendak bercerita tentang agama seperti pak ustaz atau wakil parti politik..tetapi luahan dari sudut seorang rakyat awam Malaysia yang beragama Islam.

Isu DNA babi tak habes-habes terdapat dalam makanan.Sebelum nie isu mentega berDNA kan babi dan terbaru isu sos pulak..Dan aku sendiri merasakan badan aku tidak terlepas dari DNA babi dan aku rasakan darah yang bercampur DNA babi terus mengalir dalam saluran darah aku.Masak dirumah sebagai langkah mengelakan DNA babi terus dimakan tanpa sedar?..Adakah ini langkah bijak?..Tapi adakah kita pasti semua bahan mentah yang dibeli untuk masakan terselamat dari unsur Babi.


Lagi-lagi sempena hari raya banyak sungguh hidangan kuih raya disajikan.adakah ianya terlepas dari unsur DNA babi ini.Ada orang cakap.Takpe makan kalau tak tahu..Tapi dia tetap jadi darah daging.Dan mungkin tahap kebebalan otak,kehitaman hati berkait rapat dengan unsur DNA babi.Dan apakah makanan seterusnya yang mempunya DNA babi..kita tunggu dan lihat.

P/S-Isu politik akan diheret sehingga berbulan-bulan..Isu DNA babi sehari je bersamaan dengan artikel kecil di surat khabar