Monday, November 24, 2014

Aqiqah Anak dengan Ezy

            24/11/2014 - Hari Isnin..hari ini plan buat aqiqah secara online. Lepas buat beberapa review dan dalam masa sama rakan sekerja pun pernah buat aqiqah anak beliau menggunakan ezyQurban

Langkah pertama : Transfer duit aqiqah menggunakan maybank2u ke pihak ezyqurban. Transfer ke akaun ezy qurban sebanyak RM1650 untuk 3 ekor kambing .2 ekor kambing untuk Adam Mikhail dan 1 ekor kambing untuk Aisyah Sofea. Buat slip transfer tersebut dalam format image samada jpg/gif atau png (Sila pastikan tidak melebihi 200KB agar anda tidak menghadapi kesukaran untuk muat naik).



 Langkah kedua : Selepas buat transaksi ke akaun ezyqurban. Isi borang pendaftaran secara online di Daftar Aqiqah. Dalam borang pendaftaran online tersebut di mintak untuk attach slip resit tersebut. Bila dah siap hanya klik butang "continue". Paparan seperti dibawah akan keluar.




Langkah ketiga : Tunggu sehingga pihak ezyqurban  telefon telefon anda menggunakan nombor 03-61860911untuk pengesahan pendaftaran. Jika tak sabar juga anda boleh whatsapp atau inbox di facebook mereka.

Thursday, November 20, 2014

Bayar Zakat Simpanan di Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Shah Alam

                           21/11/2014 Hari Jumaat yang indah. Abah minta untuk wakilkan beliau bayarkan zakat simpanan. Hajat disampaikan masa balik kampung 2 minggu lepas baru hari ini dapat ditunaikan atas kesibukan hal duniawi.

                         Saya pilih ACIS UiTM yang terletak di dalam Masjid Tuanku Sultan Mizan UiTM Shah Alam kerana berdekatan dengan pejabat. Dalam masa yang sama juga setiap zakat yang dibayar di sini sebahagianya adalah untuk membantu pelajar-pelajar UiTM.

                         Jalan Kaki dari Menara SAAS UiTM Shah Alam ke Masjid Tuanku Sultan Mizan UiTM Shah Alam ambil masa 15minit (500 Meter). berpeluhlah jugak. Sampai di ACIS, staff ACIS minta tunggu sebentar kerana pegawai yang menguruskan zakat ada discussion dengan pengunjung lain. Dalam 5 minit tunggu staff ACIS bagi green light pegawai terbabit dah free..masuk bilik pegawai sambil bayar zakat simpanan sambil borak-borak sekali.

 Zakat di bayar 2.5% dari setiap simpanan yang cukup haul. bermaksud simpanan yang genap 1tahun.
RM25000 * 0.025 = RM700