Tuesday, September 30, 2014

Harga Susu Dan Pampers anak

               24/09/2014 - Hari rabu sehari sebelum gaji. Lepas balik kerja terus singgah Mydin Putrajaya untuk beli barang dapur, susu dan pampers anak-anak. Beli barang dapur sehari awal sebelum gaji bukan nak menunjuk kami bduit banyak tapi adalah untuk mengelak kesesakan jika berbelanja selepas hari gaji. Siapa biasa berbelanja di Mydin Putrajaya diorang akan paham apa yang saya maksudkan.

               Barang pertama yang saya capai adalah 4 kotak twin pack susu sustagen junior +1  dengan harga RM61.70 sekotak masuk dalam troli. Bulan nie agak mahal sedikit berbanding bulan-bulan lepas sekitar RM58.++. Naik tingkat atas untuk ambil 2 pack pampers pet-pet size L dengan harga RM33.90 setiap pack dan 2 pack pampers drypers size S dengan harga RM36.90. Terus tepuk dahi apasal bulan nie mahal sangat pampers di mydin bulan nie. Biasanya pampers pet-pet dan drypers tak
sampai RM33.00 untuk setiap pack.

Terus call wife yang berkursus di JB selama seminggu

Saya : Asalamualaikum..
Wife : Walaikumsalam..
Saya : Semalam beli susu anak berapa ringgit?
Wife : Tak ingatlah..tapi rasa macam RM56.++
Saya : Okey..beli susu dan pampers kt JB je lh
Lepas call wife terus letak balik susu dan pampers yang dah diambil.
           27/09/2014 - hari sabtu singgah sekejap kedai sengsei yang biasa keluarga wife beli untuk susu dan pampers.Terus mintak  seperti senarai dibawah.Total RM427.00. Dapatlah jimat hampir RM30 berbanding beli di Mydin Putrajaya


 1. 4 kotak twin pack susu sustagen junior +1  dengan harga RM56.60 sekotak 
 2. 1 kotak twin pack susu S26 rumusan 1 dengan harga RM74.90  sekotak
 3. 2 pack pampers pet-pet size L dengan harga RM33.90 setiap pack
 4. 2 pack pampers drypers size S dengan harga RM31.50 setiap pack
















Monday, September 22, 2014

Anak :Adam Mikhail

                Hari nie cuba untuk compile perjalanan hidup kami bersama Adam Mikhail selama 2 Tahun 4 Bulan. Cuba untuk compile kenangan-kenangan indah yang kami ambil sementara gambar-gambar masih ada.

Adam Mikhail Lahir

               Adam Mikhail lahir pada 22 Mei 2012 di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru. Masih segar dalam ingatan betapa peritnya isteri meraung kesakitan dari tengah malam sehingga pagi. Tapi Adam Mikhail masih syok duduk dalam perut. Bila dah terlalu lama doktor decide untuk ceaser bagi mengelakan bayi lemas.Jadi Adam Mikhail lahir secara ceaser.


Majlis Cukur Jambul

                  Majlis cukur jambul masa Adam 2 bulan lepas ibu dia habis berpantang.Buat majlis petang dan malamnya pakngah Adam tolong cukurkan botak rambut Adam.



Langkawi

                  Sebenarnya pergi langkawi ikut ibu pergi kursus di Langkawi. Ayah jadi baby siter di bilik hotel. Masih ingat bila ibu Adam silap tarikh booking tiket flight. Terpaksa ambil tiket lain esok paginya sebab kalau nak naik jugak flight malam tue kena bayar RM800 sorang. Jadi kami sewa homestay berdekatan dengan Air Port langkawi.


Bukit Merah Lake Town

                Family Day Ayah Adam di Lake Town Bukit Merah. Adam excited dapat main air




Zoo Taiping

                Adam dah pandai kenal binatang jadi try bawa pergi zoo. Adam sangat excited bila tengok binatang-binatang yang ada dalam zoo.






Floria Putrajaya

            Floria Putrajaya hampir setiap tahun kami akan pergi untuk tengok bunga-bunga yang ada di Floria Putrajaya.
Raya 2012



 
Raya 2013



Potong Rambut













Thursday, September 11, 2014

Putrajaya : Kiosk Ramly Burger di Putrajaya!!

              06/09/2014 - Hari Ahad wife ajak pergi ke Stokis Tupperware Putrajaya untuk memulakan perniagaan Tupperware pula katanya. Tapi masa pergi ada notis tampal di pintu stokis mengatakan stokis beroperasi pada pukul 3 petang. Jadi kami pusing balik dan masuk satu jalan untuk menuju jalan balik ke rumah kami yang yang bersebelahan dengan Jalan Diplomatik. Sesiapa rakyat Putrajaya mesti paham apa yang saya maksudkan.

              Dalam perjalanan nampak Kiosk Ramly Burger yang baru beroperasi di Putrajaya. Kami plan untuk jadikan santapan tengahari kami. Saya sudah check di website Ramly tapi tiada maklumat alamat untuk Kiosk Ramly terbaru ini. Mungkin masih belum update ke dalam portal.

 * Gambar dari tepi jalan


               Susun atur dalaman agak kemas tapi nampak sempit sebab mereka jual produk sejuk beku sekali disitu. Patut di letakkan satu sudut khas untuk sudut sejuk beku bagi mengelakkan ketidakselesaan pelanggan yang sedang menikmati hidangan apabila membelakangi mereka semasa pelanggan lain yang sedang memilih untuk membeli produk sejuk beku.


 * Gambar bahagian dalam Kiosk Ramly


Susun Atur hidangan kepada pelanggan berkonsep mcD. Perlu ditambah warna yang lebih menarik bagi setiap pembungkusan makanan bagi menarik minat pelanggan.
 

* Gambar set yang kami pilih

                 Harga hidangan juga tidak terlalu mahal jika hendak dibandingi dengan suasana selesa kedai. Saya biasa makan nasi campur + air pun dah cecah RM9-RM10 untuk seorang. Untuk Ramly kiosk RM13 untuk 2 orang makan. Sangat berbaloi untuk pilihan bajet. Dan harga Jualan tiada cukai kerajaan. 
 

* Harga bagi 2 set burger RM13..paling suka tiada Goverment Tax


* Anak happy sebab dapat mainan MEN dier.

Rasa Hidangan : 3 Bintang / 5 Bintang

 

Monday, September 8, 2014

Hobi : Mengumpul Produk Tupperware

                    Iklan : Untuk dapatkan harga tupperware yang murah..boleh click link disini


                   Google sikit pasal Tupperware ni. Menurut wikipedia, Tupperware nie dibangunkan oleh seorang pakcik yang bernama Earl Silas Tupper (1907- 1983) pada tahun 1948 di US. Brand Tupperware nie menyusup kebanyak negara termasuk Malaysia. Anda boleh lihat senarai negara yang mempunyai produk Tupperware Brand nie.

                   Sebenarnya aku bukan nak cerita sangat pasal sejarah Tupperware nie tapi nak cerita tentang peminat-peminat Tupperware. Kenapa aku kena cerita pasal Tupperware?.Sebabnya wife aku salah sorang peminat fanatik Tupperware. Hari-hari cerita pasal Tupperware kena pula Tupperware ni ada katalog yang diedarkan setiap bulan. Jadi wife aku akan cerita pasal Tupperware hampir setiap bulan lah kan?.

                   Aku sempat snap beberapa gambar Tupperware yang wife aku beli yang kebanyakanya dari facebook. Nak tengok tak?.Jap aku upload gambar-gambar Tupperware wife aku.


 * Tupperware untuk isi air masak dan yang bulat oren untuk isi susu anak


*Tupperware untuk isi rempah ratus untuk memasak

* Tupperware untuk isi biskut dan keropok.


 * Tupperware untuk isi gula, tepung dan macam-macam lagi lah.


* Tupperware India katanya.buat isi kuih raya bagi orang makan 




 * Stok yang masih tidak digunakan lagi.


* ada member prihatin tolong print skrin wife punya facebook.


p/s - Beberapa minggu lepas wife ada usulkan permohonan untuk menjadi penjual Tupperware pula. Jadi kita tengok kan apa langkah seterusnya. Ada lagi gambar tertinggal. Saya cuba cari print skrin dari facebook wife masa wife masuk satu contest like dan menang.


* gambar Tupperware wife yang masuk contest tersebut dan wife dapat no 1


hadiah yang wife dapat hasil contest tersebut. Adam Mikhail dan pegang botol air dia






Sunday, September 7, 2014

Weekend : Jual Kotak Dengan Apek Lori

                07/09/2014 - Hari ahad plan nak kemas stor yang dah sempit sebab tak urus dengan betul. Habis semua tak kira size semua sumbat dalam stor konon-kononnya nanti nak pindah rumah senang tak payah nak cari kotak. Tapi bila memikirkan stor yang dah sarat terlebih muatan, plan untuk let go kotak-kotak tue semakin meninggi walaupun sayang.

           * Kotak TV, Kotak Peti Ais, Kotak Mesin Basuh,Kotak Hadiah Kahwin, Kotak Kasut wife yang banyak.


              Siap semua, try call apek beli kotak dan dia setuju untuk datang petang tapi masa tidak diberitahu. Jadi kami tunggu sampai dia datang. Around pukul 2.00 petang dia sampai dan terus timbang kotak-kotak nie semua. Dapat 20Kg. Dia beli dengan harga 20sen setiap Kg. Bapak murah gila, tapi takpelah dari angkat sendiri turun umah apartment lagi banyak kerja.

 
* Apek tengah angkat kotak aku yang RM4 tue.

                  Di bawah gambar stor yang dah siap kemas dari seorang lelaki. Nie kalau wife tengok mesti dier tak puas hati. Biasanya dia akan kemas dan susun balik ikut citarasa dia. Aku dah penat punggah kotak-kotak tue semua tadi.


* Dah kemaslah nie kiranya kan?.


* Jadilah RM4 dari takde.

Deco : Pemasangan Astro Njoi

                          01/09/2014 - Hari isnin dapat mesej dari Astro yang mengatakan saya punya registeration Astro Njoi telah disahkan. Dalam masa 48jam akan ada personal incharge yang akan call untuk confirmation tarikh pemasangan. lebih kurang selepas sejam dapat mesej tersebut ada satu no ofis call.sah memang dari pihak Astro untuk pengesahan tarikh dan masa pemasangan yang kami available. Selepas berbincang kami decide untuk pasang pada 03/09/2014(Rabu sebelah petang).

                 
                       Pada hari rabu proses pemasangan dilakukan. Kami duduk rumah kuartes jenis  apartment . Jadi selepas berbincang dengan tukang pasang astro kami decide untuk guna centralize Astro yang ada di bangunan apartment kami. Ini bermaksud kami tidak menggunakan piring Astro yang disediakan. Just tarik dari centralize point ke TV sahaja. Tidak sampai sejam proses pemasangan siap dan activation Astro dibuat menggunakan handphone. Jadi sangat sekejap kami dah dapat guna Astro Njoi kami.



                                                     * Tengah gigih pasang Astro Njoi kami


* Menurut kata tukang pasang Astro nie. Sekarang astro guna teknologi dari India mengantikan teknologi US yang sampai 2-3 hari untuk aktifkan Astro


Thursday, September 4, 2014

Deco : Astro Njoi

                   28 Ogos 2014 - Ambil cuti sebab nak bawa anak checkup di Hospital Putrajaya. Lepas habis checkup dalam pukul 11 pagi kami terus pergi banda baru bangi sebab wife nak buat cermin mata baru. Kami plan nak pergi try survey di Warta Bangi. Sampai di Warta kami pergi makan dulu, dah lapar sangat-sangat sebab kejar masa ke hospital sampai tak sempat nak sarapan.

                 Kami singgah di KFC dulu untuk lunch. Sebelum buka pintu KFC ternampak booth Astro. Berhenti sekejap untuk usha kakak Astro..eh..ehh.bukan usha kakak tue..tapi usha Astro Njoi dengan kakak tue. Jangan salah anggap.

                     aku   : kak Astro Njoi boleh register kat sini?.
                    Astro : Boleh encik.
                    aku    : Okey cun..kejap lagi kami datang..kami makan kejap.lapar sangat nie.
                   Astro : Senyum..

                  * Lepas makan terus register dan cari kedai Cermin Mata pula..part Cermin mata aku explain lain post

             Astro Njoi nie kami pilih sebab tiada monthly commitment, hanya ada charge untuk permulaan sahaja iaitu RM228 + RM100(Installation charge). pihak Astro akan bagi 20 meter kabel sahaja. Sekiranya rumah kita guna lebih untuk sampai ke point TV charge akan dikenakan RM2.50/meter. Boleh rujuk website Astro Njoi.

            Bila barang free nie paham-pahamlah mestilah ada kekuranganya. Astro Njoi hanya ada beberapa TV Channel dan Radio Channel free seperti di bawah.






          
* Terdapat beberapa Channel yang kita boleh subscribe ikut suka bila nak tengok.Boleh rujuk link Astro prabayar

Deco : Karpet Ayer Hitam

                    Kami dua-dua orang Johor. Biasanya bila balik kampung akan balik sekali jalan je. Wife orang Johor Bahru dan aku orang Mersing. Kalau balik JB dulu kami akan lalu Kota Tinggi untuk balik Mersing pula.

                  Bila Set Sofa, Coffee Table dan TV Cabinet dah masuk rumah. Kami plan nak cari karpet yang sesuai. Bila dah balik kampung nie kami plan nk singgah Ayer Hitam Johor untuk cari karpet lah. Cari yang menarik dan murah. Murah perlu ada dalam setiap item yang hendak dibeli.

                  Ciri-ciri karpet yang dicari overall ada tone warna hitam dan merah. Barulah matching dengan set sofa tue semua. Singgah satu kedai yang penjual dier "Bai Karpet". cuba deal harga yang paling murah yang boleh dapat. Dari RM200 kami berjaya deal sehingga RM150. So kami grab dan masuk dalam bornet kereta dan terus balik. Kalau stay lama-lama kat Ayer Hitam tue ade yang terbang banyak lagi duit. Sampai rumah di Putrajaya. Malam tue juga kami pasang karpet tersebut.



                   * Rasa macam Nilai 3 boleh dapat lagi murah



Wednesday, September 3, 2014

Deco : Set Sofa Baru sampai

            Selepas seminggu tunggu Set Sofa baru, akhirnya sampai juga Set Sofa tersebut. Gambar di bawah adalah hall kami sebelum Set Sofa tiba. Sangat kosong sebab kami adalah pasangan muda yang baru berkahwin yang tengah berusaha mengumpul duit untuk memenuhi ruang rumah kami.


* anak tengah tido dalam buai pemberian nenek kesayangan dier.kalau beli RM200 juga rasanya

          
           Dibawah gambar selepas  Set Sofa, Coffee Table dan TV Cabinet yang kami beli minggu lepas masuk. Itu pun mintak brother-brother yang hantar untuk tolong susunkan sebab kalau nak angkat dan susun sorang-sorang letih jugak sebab semua berat belaka. TV dan TV Cabinet lama masih disitu. Tengah cari idea susun atur yang terbaik dan menarik.


* Kena beli alas meja Coffee Table dan TV Cabinet warna merah?

             Tukar lokasi TV pada TV Cabinet baru dan letak bunga merah dan putih pada sudut seperti dibawah. TV Cabinet lama asalnya adalah Cabinet Dapur untuk memasak. Sebelum pindah kuartes Putrajaya kami duduk rumah sewa di Bandar Saujana Putra. Rumah sewa yang kosong tiada Set Kabinet Dapur seperti rumah kuartes putrajaya. Terpaksalah beli untuk memudahkan memasak. Bila pindah rumah kuartes jadikan TV Cabinet. Sekarang bila dah ada TV Cabinet baru tak tahu nak buat apa pula dengan Kabinet tersebut.


* Masih nampak kosong perlu penambahbaikan lagi tapi bajet dah habis. Kena tunggu lain hari


Deco : Set Sofa Baru

        Hujung minggu pusing-pusing di puchong untuk survey set sofa yang terbaik untuk rumah kami tapi dengan harga murah.agak-agak boleh dapat tak?.Minggu lepas dah try survey di kajang tapi macam tiada yang menarik minat. kalau ada yang menarik pun yang harga terlalu mahal around RM3K keatas.banyak juga kedai yang kami terjah tapi balik hampa.Selamat wife pun paham akan citarasa husband dier nie yang cerewet.

Selang 3 hari kami datang balik kedai tersebut untuk buat final decision selepas survey semua kedai yang kami lawat. Dan akhirnya kami memilih set sofa 3+2 seperti dibawah dengan harga RM2000, padahal sebelum nie dier offer harga last deal RM2200. So selamatlah RM200 boleh buat beli benda lain. Cuma sofa dibawah kami pilih warna hitam keseluruhanya dan kami warnakan warna merah pada armrest bagi menonjolkan nilai sofa. Harap pemilihan warna tue nanti sesuai lah bila sampai rumah kami nanti dan tak lupa 4 biji bantal kecil taukey bagi free.




* gambar aku tengah deal material dan warna sofa yang hendak dipilih..wife aku tiada dalam gambar maybe tengah survey benda lain kot. Biasalah orang perempuan..tp sape yang ambil gambar nie?..hehe

Lepas dah deal sofa.tak kan nak biarkan sofa tue duduk sorang-sorang kat tengah hall ye tak?. So terpaksalah kita habiskan sikit lagi duit untuk beli coffee table pula. Lepas dah pilih set sofa hitam kami perlu cari coffee table yang matching dengan set sofa tersebut. Dan finally kami pilih coffee table seperti dibawah. Harga untuk coffee table nie RM500. Material kayu agak solid dengan cat agak kilat ala-ala glossy tapi bukan glossy. Atas meja nampak kilat sebab ada lapisan kaca high temp. Ada 2 laci pada bahagian bawah boleh letak album kahwin atau album momment anak-anak yang hendak membesar. Dan bahagian tengah ada ruang kosong yang boleh diletakkan surat khabar atau majalah Impiana..wakakaka



* Alamak bila dah snap gambar di atas baru terperasan. Kena beli pula TV cabinet. Mana mungkin duduk sofa untuk menonton drama dengan TV dibiarkan di atas lantai. Jadi kena invest sikit lagi untuk lengkapkn hall kami.

Jadi kami kena pilih TV cabinet yang praktikal untuk sebuah TV 32 inci. So kena pilih TV cabinet yang panjang sikit sebab kalau ambil TV cabinet 5 kaki macam ngam-ngam sangat denga saiz TV. Jadi kami pilih TV cabinet 7 kaki seperti di bawah.


TV cabinet nie ada 4 drawer dikiri dan kanan. drawer tersebut ditampal dengan cermin untuk kelihatan menarik. Di bahagian tengah ada 2 pintu sliding cermin lutsinar  dan dalam rak tersebut boleh letak decoder astro dan DVD player. Untuk bahagian dalam pintu sliding tersebut terdapat 2 lampu kalimantang kecil. Bila di buka pada waktu malam akan kelihantan cantik. Bahagian atas TV cabinet seperti juga coffee table ada kaca high temp bagi nampak berkilat. Harga untuk TV cabinet ini RM700.

Total semua sekali
 Set Sofa         RM2000
 Coffee Table RM500
 TV Cabinet   RM700 
 Total              RM3200