Wednesday, September 3, 2014

Deco : Set Sofa Baru sampai

            Selepas seminggu tunggu Set Sofa baru, akhirnya sampai juga Set Sofa tersebut. Gambar di bawah adalah hall kami sebelum Set Sofa tiba. Sangat kosong sebab kami adalah pasangan muda yang baru berkahwin yang tengah berusaha mengumpul duit untuk memenuhi ruang rumah kami.


* anak tengah tido dalam buai pemberian nenek kesayangan dier.kalau beli RM200 juga rasanya

          
           Dibawah gambar selepas  Set Sofa, Coffee Table dan TV Cabinet yang kami beli minggu lepas masuk. Itu pun mintak brother-brother yang hantar untuk tolong susunkan sebab kalau nak angkat dan susun sorang-sorang letih jugak sebab semua berat belaka. TV dan TV Cabinet lama masih disitu. Tengah cari idea susun atur yang terbaik dan menarik.


* Kena beli alas meja Coffee Table dan TV Cabinet warna merah?

             Tukar lokasi TV pada TV Cabinet baru dan letak bunga merah dan putih pada sudut seperti dibawah. TV Cabinet lama asalnya adalah Cabinet Dapur untuk memasak. Sebelum pindah kuartes Putrajaya kami duduk rumah sewa di Bandar Saujana Putra. Rumah sewa yang kosong tiada Set Kabinet Dapur seperti rumah kuartes putrajaya. Terpaksalah beli untuk memudahkan memasak. Bila pindah rumah kuartes jadikan TV Cabinet. Sekarang bila dah ada TV Cabinet baru tak tahu nak buat apa pula dengan Kabinet tersebut.


* Masih nampak kosong perlu penambahbaikan lagi tapi bajet dah habis. Kena tunggu lain hari


No comments:

Post a Comment