Tuesday, January 20, 2015

Pinjaman Peribadi VS Dividen ASB

21/01/2015 - Rabu.

           Ada email untuk tawaran pinjaman peribadi masuk pukul 2.35pagi. Masih belum berminat untuk membuat sebarang pinjaman peribadi lagi buat masa sekarang. Cuba untuk mengelakkan sebarang pinjaman peribadi.



Wednesday, January 7, 2015

Resepi : Banana Wrap


         Baru-baru ada tonton rancangan masak di TV3 tapi tak ingat rancangan apa. Resepi "Pisang Popia". Nampak macam sedap so plan memang nak try buat. Lagi pun simple je buat dia just amek pisang pastu guling-gulingkan pisang dekat gula pasir pastu wrap dengan popiah dan kemudian goreng.


Monday, January 5, 2015

Sumbang RM5 pun nak bising

           
              Baru-baru ini presiden Cuepacs ada mencadangkan kepada kerajaan agar setiap penjawat awam menyumbang melalui potongan gaji bulanan untuk membantu mangsa di negeri yang dilanda banjir. Cadangan yang dikemukakan adalah serendah RM5 bagi setiap penjawat awam Malaysia.

            Apabila cadangan ini timbul maka berseleraklah status-status di facebook, twitter dan whatsapp membincangkan isu ini. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan cadangan dari cuepacs tersebut. Ada yang mengatakan kenapa mesti paksa orang untuk memberi sumbangan, ada juga mengatakan potong dulu gaji-gaji menteri dan ahli politik dan ada juga yang mengatakan kalau derma tidak ikhlas macam mana?.

        Kepala aku jadi pening bila memikirkan kenapalah mereka boleh terfikir begitu. Besar sangatkah RM5 itu untuk membantu orang lain yang dalam kesusasahan. Orang yang dibantu itu juga rakyat Malaysia. Jadi miskin ke? bila mereka menyumbang RM5 dari gaji mereka kepada mangsa banjir?. Oleh kerana aku malas nak pikir pasal benda nie..aku biarkan sahaja status-status mereka tanpa sebarang komen dari aku walaupun hati membuak-buak nak komen balas.

           Yang terbaru ada post rakyat palestin memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir. Mereka lagi teruk terseksa pun masih mampu untuk memberikan sumbangan.