Thursday, October 27, 2011

You Can Do It Men!!

Kali nie aku malas nk create cerita sendiri.Just copy dari blog iluvislam.com dan paste ke dalam blog aku sebagai renungan untuk aku..kalau korang yang baca pun nak join sama..sila lah..jangan malu2x..

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Mengandung
  1. Luangkan masa bersama isteri - sebagai weekend husband aku cuma hujung minggu sahaja untuk meluangkan masa untuknya.kena guna sebaiknya.
  2. Membantu pemakanan isteri - setakat hari nie belum ada lagi tanda2 dier mengidam..so tengah tunggu signal mengidam darinya.dan tak xsabar untuk rasa bagaimana melayan orang mengidam.
  3. Perlahan - Aku memang sentiasa berjalan laju..so kena kasi slow skit..kena kena berlatih lebih gigih untuk berjalan perlahan
  4. Tidak perlu bertanya, terus lakukan - Ni biasa tengok kt drama tv3..contoh tolog basuh baju,basuh pinggan dan lain-lain..
  5. Belajar bersabar - sewaktu mengandung mereka terlalu sensitif..so bila kena marah tak usahhlh simpan dalam hati
  6. Membantu menyiapkan hidangan makan - Yang ini kena masak lh jawabnye lah ye...
  7. Membantu menjaga anak yang lain - Yang nie belum lagi..sebab yang nie adalah first InsyaAllah
  8. Membawa isteri ke mana sahaja - Wah..wife aku mesti berbunga-bunga kalau di ajak berjalan
  9. Pinjamkan tangan anda pada isteri - Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Wednesday, September 14, 2011

Babi Lagi Chapter One: Sos Babi

Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan..

Islam adalah agama persekutuan mengikut perlembagaan persekutuan.Tapi banyak benda yang kita boleh tengok benda yang tidak berunsurkan islam.Bukan hendak bercerita tentang agama seperti pak ustaz atau wakil parti politik..tetapi luahan dari sudut seorang rakyat awam Malaysia yang beragama Islam.

Isu DNA babi tak habes-habes terdapat dalam makanan.Sebelum nie isu mentega berDNA kan babi dan terbaru isu sos pulak..Dan aku sendiri merasakan badan aku tidak terlepas dari DNA babi dan aku rasakan darah yang bercampur DNA babi terus mengalir dalam saluran darah aku.Masak dirumah sebagai langkah mengelakan DNA babi terus dimakan tanpa sedar?..Adakah ini langkah bijak?..Tapi adakah kita pasti semua bahan mentah yang dibeli untuk masakan terselamat dari unsur Babi.


Lagi-lagi sempena hari raya banyak sungguh hidangan kuih raya disajikan.adakah ianya terlepas dari unsur DNA babi ini.Ada orang cakap.Takpe makan kalau tak tahu..Tapi dia tetap jadi darah daging.Dan mungkin tahap kebebalan otak,kehitaman hati berkait rapat dengan unsur DNA babi.Dan apakah makanan seterusnya yang mempunya DNA babi..kita tunggu dan lihat.

P/S-Isu politik akan diheret sehingga berbulan-bulan..Isu DNA babi sehari je bersamaan dengan artikel kecil di surat khabar

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam..

Baru masuk 2 bulan bekerja di Negeri Selangor dan aku mula dapat serasi kan diri dengan suasana di sini.

1.Aku mula dapat menyesuaikan diri dengan sistem Punch Card ditempat kerja baru.Sebelum nie tempat kerja lama tak pernah ada Punch Card.Untuk setakat ini aku masih dapat mengekalkan dakwat hitam pada Punch Card aku.Walaupun pada mulanya rasa macam serabut jugak untuk membiasakan diri.

2.Hari pertama Ramadhan tanpa cuti.Benda yang agak asing bagi aku.Untuk itu aku ambil cuti rehat untuk sambut Ramadhan bersama keluarga baru aku(Keluaga isteri aku) dan Keluarga aku sendiri.Aku masih belum biasa untuk bekerja pada hari pertaman Ramadhan.Mungkin untuk tahun kedua..ketiga dan seterusnya aku masih terus mengambil cuti Ramadhan pertama bersama keluarga..

Thursday, July 21, 2011

To Mrs Pingu

Aku baru baca blog ko.Dan sekarang nie aku dah lama tak jumpa ko.Dan pasti nya aku tengah imagine bagaimana ko dan pingu boleh sama..So aku buat satu hipotesis dengan menanggalkan kepala ko dan meletak kan kepala ko di bahagian kepala pingu.Ok siap..hahaha..Agak lucu jugak kan bila aku imagine ko digabungkan dengan Pingu..

Tahniah buat ko Mrs Pingu kerana bakal di kurniakan cahaya mata(ayat skema yang kadang-kadang aku pun gelak bila aku tulis).Harap-harap ko dah bersedia dari segi mental dan pisikal.Nanti kalau aku balik JB aku datang melawat..huahua..sebab aku nak pasti kan ada tak mirip muka aku..haha

unemployed

Setelah sebulan masuk kerja tempat baru.Baru minggu nie aku berasa seronok untuk datang kerja kerana aku sudah dapat arahan kerja.Alangkah nikmatnya dapat kerja.Sebulan aku menuggu kerja yang tak kunjung-kunjung.

Aku flash back semula macam mana aku boleh dapat kerja..korang mesti pelikkan kenapa aku excited sangat dapat kerja.kalau korang nak taw aku dah sebulan tanpa arah tujuan..Selama sebulan aku dok mengadap facebook,Surat Khabar online,Yahoo Messenger dan Blog-blog..Sungguh letih hari-hari begini..tue yang aku excited bila dapat kerja sampai coretkan sikit dalam blog aku nie..

Cerita bermula di suatu petang sekitar 2.30 petang.Seorang staff yang berjawatan pegawai datang ke meja aku.Nama dia en. Cesc Farbegas(bukan nama sebenar).

en Cesc : Awak busy?
Aku       : X langsung(dalam hati gelak sebab lagi buat-buat tanya)
en Cesc : Jom ikut saya meeting.
Aku       :Terus berbunga hati aku yang sememangnya ada taman

Bermula dari petang tue aku terus ditugaskan untuk terus memahami dan analisa projek yang telah dibincangkan dalam meeting tersebut.(kalau korang dengar ayat aku tulis nie mesti nampak macam projek juta-juta kan)..So sehingga ke hari ini aku dok mengkaji pasal projek nie walaupun aku tak berapa paham sangat pun pasal projek nie.

P/S - Aku sentiasa berazam untuk lakukan yang terbaik dari orang lain..haha

Next Artikel : To Mrs Pingu

Thursday, July 14, 2011

Channel Sport

Semalam team Malaysia kena belasah 4-0 dengan Arsenal.Tapi aku bukan nak cerita pasal kekalahan team Malaysia.Tapi lebih kepada untuk sesi luahan perasaan terhadap Astro Channel Sport.Untuk sedia maklum ramai yang mengharap ASTRO akan menyiarkan siaran langsung perlawanan Malaysia vs Arsenal.Nak mengharapkan RTM jauh sekali.

Semalam : Sebelum balik kerja sempat tengok beberapa status FB rakan-rakan yang bertanya "Ada LIVE tak Malam nie".so aku pergi  page FB NADI ARENA.kat situ NADI ARENA ada buat statment yang berbunyi

"tuan-tuan, kami di astro arena tak boleh siarkan kalau tak beli hak siaran langsung. hak siaran langsung kini dengan penganjur. penganjur kata, hak itu tidak akan dijual kepada kami selagi 80 peratus tiket tidak terjual. bukan salah kami. kami juga menanti isyarat dari penganjur untuk membeli hak, sama seperti tuan menanti sama ada siaran langsung akan ada atau tidak."

Pendapat aku.pihak ASTRO dilihat tidak profesional dalam memberi alasan seperti ini.Aku sebagai pelanggan ASTRO tidak perlu tahu apa masalah yang korang alami.Yang kami tahu kami nak tonton perlawanan yang melibatkan Malaysia secara LIVE.tiap2 bulan kami bayar bil yang tinggi untuk menonton dan setiap beberapa tahun akan berlaku kenaikan charge yang kami tanggung.

P/S- Oleh itu tindakan yang boleh aku buat adalah dengan membuat panggilan telefon kepada pihak ASTRO supaya memotong Channel Sport  dirumah aku.

Next Artikel : unemployed      

Wednesday, July 6, 2011

Nyamuk

Untuk hari yang tak terhingga aku masih tiada kerja untuk dibuat.Penat dah tunggu kerja tapi tak kunjung tiba.Hampir sebulan aku terkapai-kapai menunggu kerja seperti bayi lapar yang menunggu botol susu.boleh ke sama kan aku cm nie..layan..

Masuk kerja pkl 7.47 pagi.terus on PC seolah -olah banyak kerja yang perlu disiapkan tapi sebenarnye xde ape pun nak buat.Ini adalah rutin harian aku ditempat baru..on Yahoo Messenger terus member chat..awal datang kerja..teruslah borak n gosip entah ape2 tajuk aku pun tak ingat..



Sampai satu topik yang paling aku suka pasal satu blog yang hentam artis..so aku cakap ngn dier..ramai jugak yang kondem tuan rumah blog tue..tapi member aku cakap yang komen macam tue banyak yang macam "Nyamuk".Nape plak nyamuk yang perlu di salahkan.Aku tanya pasal nyamuk..yelah ko tengok ramai yang pakai Anonymous.bila ada sorang kondem..mula lah nyamuk-nyamuk  nie nak kondem jugak..kalau tak de orang mula..nyamuk nie tak wujudlah..oooo gitu...layan..

p/s- Aku selalu komen letak URL blog aku..adakah anda nyamuk?

Next Artikel :Channel Sport

Tuesday, June 28, 2011

Persona Elegance Solid White

Aku sudah jatuh cinta pada Persona Elegance Solid White.Semalam keluar ofis pkl 5.15 petang terus balik umah.Dalam pukul 6.00 petang member rumah pun balik.Selalu dengar bunyi enjin motor Yamaha LC dia.Tapi kali nie aku dengar bunyi enjin kereta.Aku terus tengok dari muka pintu.Mak Oiiii...Persona Elegance Putih.Sangat-sangat-sangat cantik..tue je yang boleh aku katakan buat masa ini.

Malam member ajak g makan naik kereta baru..syok tue..Air cond tip top.Kalau ikutkan hati nak je aku tukar kereta Saga BLM putih aku nie dengan Persona Putih.Tapi baru 3 tahun pakai..sudah boleh tukar ke.

Next Artikel :Nyamuk

Monday, June 27, 2011

Punch Card

Setelah 9 hari bekerja di tempat baru,nyaris untuk aku melakukan kesalahan sebagai seorang pekerja.Aku datang kerja agak awal sekitar 7.40 pagi dan waktu untuk masuk pejabat adalah 8.00 pagi.Tapi untuk hari ke-9 aku terlupa untuk terus punch card setiba dipejabat.

Tapi Mujurlah mesin punch card ada keluarkan lagu sebagai alarm menandakan masa untuk masuk kerja sudah berakhir.Jadi aku terus pergi ke mesin punch card dan terus punch kad aku.Tertera perkataan 8.00.Selamat untuk hari ini.esok masih tidak diketahui.

"Jika sesiapa punch  selepas bunyi alarm..kad mereka akan bertanda merah"



Sejarah awal punch card di Malaysia

1.Diperkenalkan semasa era dasar pandang ke timur pada tahun 1982 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

2.Surat pekeliling dikeluarkan oleh kerajaan malaysia kepada semua pegawai kerajaan merujuk
Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981.

3. Punch card digunakan sehingga sekarang tetapi mungkin ada yang telah bertukar kepada Thumb Print

Next Artikel :Persona Elegance Solid White

Im Malaysian

Bagaimana boleh dikatakan "I'm Malaysian".

Adakah cukup dengan memiliki sepasang baju bola sepak Malaysia anda boleh kata kan "I'm Malaysian".



Adakah dengan memiliki kereta buatan Malaysia anda boleh kata "I'm Malaysian".

Adakah dengan menyanyi lagu Negaraku anda boleh katakan anda "I'm Malaysian".

Adakah dengan menghafal Perlembagaan Negara anda boleh katakan anda "I'm Malaysian".


Itu semua bukan melambangkan anda adalah rakyat Malaysia.tapi anda boleh katakan "I'm Malaysian" jika anda memiliki ini



P/S - Sebenarnya artikel ini ditulis adalah kerana aku nak bagi tahu..aku dah beli jersi bola sepak Malaysia..tue je..

Next Artikel : Punch Card

Thursday, June 23, 2011

Weekend Husband @ PJJ Part One

Im a Weekend Husband..

24hb - 26hb June 2011 1st week sebagai WH.

Tanda-tanda seorang WH

1. Biasanya sang WH nie bila pkl 5.00 ptg atau 5.30 ptg dier dah tunggu kt depan mesin punch card..not me!!..not me!!..hehehe.

2.Bila hari Isnin dan Jumaat muka ceria je..senyum sampai ke telinga.paham-paham lah..tak kan tue pun aku nk ckp..korang dah besarkan.

3. Biasanya golongan WH akan banyak ambil MC..mungkin perjalanan yang jauh buat mereka demam.Setakat nie aku belum ada MC lagi.haha

4.Makan ala kadar sahaja supaya duit perlu spend untuk minyak dan tol ulang alik setiap minggu.

5.Setiap jumaat Beg baju penuh di bonet untuk dibawa pulang cuci.

Kata-kata hikmah dari SaifulIslam

"Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!"


Next Artikel : I'm Malaysian

Fair Play

19 Jun 2011 : Lubnan   0 - 0 Malaysia
23 Jun 2011 : Malaysia 2 - 1 Lubnan

Malaysia layak ke peringkat seterusnya

Masa main di Lubnan agak menghambakan corak permainan pemain Malaysia terutama di bahagian tengah..aku tak nampak gerakan yang bermula dari tengah..kebanyakan dari tepi.Tapi apa-apa hal pun bahagian defend dengan keeper sangat bagus..mungkin diorg banyak pengalaman dengan skuad Rajagopal.Nampak ketara perbezaan corak taktikal antara Rajagopal dengan Ong Kim Swee.Tapi aku lebih berminat taktikal Rajagopal..hantaran pendek.Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal permain Malaysia atau yang berkaitan Malaysia.Tapi pasal pemain lubnan yang tak fair play..pemain lawan injured..dier boleh terus main je..sakit hati aku..

Sekali lagi dier buat hal masa main di Malaysia..Ada pemain Malaysia yang injured.Pemain Malaysia lain dah tak nak kejar dier..tapi dier masih nak gentel..apa lagi pemain Malaysia yang lain bengang dan terus terpa pemain tue.Tak silap aku pemain no 4 sebijik macam Ronaldo..kena tolak badan..tapi guling tutup muka.Pemain nie dah kena kad kuning sebab sengaja jatuhkan badan dalam kotak penalti,nasib tak sebelahkan dia..cara jatuhan badan dier tak cukup Natural..

Thanks Semua Pemain Malaysia Skuad Bawah 23 Tahun

Next Artikel : Weekend Husban @ PJJ

Program Orientasi Staf Baru

23 Jun 2011- Hari orientasi staf baru.Dapat surat dari pihak pentadbiran di minta hadir ke Program Orientasi Staf Baru kerana aku adalah budak baru..Hari ini adalah hari ke-6 aku bekerja di tempat baru.Dalam surat tersebut ada 15 nama staf baru yang perlu ikuti program ini.

Mempekenalkan diri masing-masing kebanyakan orang Johor sama macam aku.Dan rupa-rupanya aku adalah yang paling baru diantara yang baru.ada yang dah 10 bulan bekerja tapi baru hendak diorientasi kan..layan saja..Dalam sesi program tersebut diterangkan carta organisasi jabatan,Skop kerja mengikut jawatan dan juga tentang pentadbiran.

Lepas habes dalam pukul 12 terus balik semula ke meja masing-masing..Aku masih lagi menanti kerja dari pihak atasan aku dengan penuh harapan dan kesabaran.Aku berharap penantian untuk mendapat kerja tidaklah berpanjangan..

Aku sudah bosan untuk surfing internet.Tapi belum ada rekod tido sewaktu Ofis Hour.

Next Artikel : Fair Play

JB - Melaka - Shah Alam - Bukit Tinggi Part Three

Hari Jumaat yang Mulia.

Balik 5.15 petang..Isteri dah tunggu kat bawah ofis.nak ajak pergi pusing-pusing Plaza PKNS kalau x silap aku lah..dier dah biasa di Shah Alam..Belajar kt sini dulu..so senang skit..dier jadi pemandu pelancong..tapi aku yang drive.

Pergi kedai tudung.cari tudung bawal hitam ade batu kat keliling tudung..Hampir semua kedai dah tak jual..old fashion katanye..sampai aku pn taw jenis batu plastiklh..batu betul lah..dunia orang perempuan..Selamat kedai jam takde..kalau tak jenuh dier tunggu aku plax..hahaha.

Selepas magrib pergi rumah sewa aku hantar barang..Dalam pukul 8.00 Malam on GPS..taip Colmar Tropical..pinjam dari kawan GPS nie..hehe..tapi memang mencabar nak sampai sana..hanya bergantung harap pada GPS semata-mata..org johor datang KL paham-pahamlah..tengok jalan dier berselirat..kalau takde GPS entah bila boleh sampai Bukit Tinggi.

Berhenti di Genting Sempah makan jap..lepas makan terus perjalanan..Sudah!!!!..salah jalan..aku kena turun balik ke Tol semula..dan patah balik...pergh..sentap sekejap..tapi Bukit Tinggi punya pasal no hal..keluar tol dan masuk balik tol dan teruskan perjalanan..exit bukit tinggi..ingat dah sampai..rupanya lagi 10KM ke puncak dengan jalan bengkang bengkok kereta aku mendaki bukit..dah lah tue ditambah ade banyak bonggol..letih..

Akhirnya sampai jua.Check in pukul 11.30 Malam.

Next Artikel : Program Orientasi Staf Baru

Wednesday, June 22, 2011

JB - Melaka - Shah Alam - Bukit Tinggi Part Two

Melaka - Shah Alam : Rabu 15 jun 2011

Lepas dah puas berjalan di Melaka terus gerak ke Shah Alam dari MITC Melaka pkl 9.00 Malam. Exit Ebor pukul 11 malam dan pusing-pusing seksyen 7 untuk check in. Jumpa hotel EV World Hotel berdekatan dengan Jakel Shah Alam.Check in untuk 2 hari sampai hari jumaat.

16 Jun 2011 pagi-pagi kena lapor diri sebagai staff baru di tempat baru. Hari ini bermulalah aku sebagai pekerja baru di sini..Kena jadi budak skema..Malam g pusing-pusing cari rumah/bilik  yang boleh disewa.Habes semua flat di Seksyen 7 aku pergi..Hampa belaka..balik hotel layan Mudah.my plax..aku kol 4-5 orang..selamat ada 1 rumah di seksyen 10..RM200/seorang..condition rumah ok!..so approve.Setel satu masalah..

17 Jun 2011:2nd Day bekerja..seperti biasa tiada kerja yang boleh dibuat..Kosmo, ArenaKereta, Facebook, Berita Semasa, Google Maps, Kereta Mayat..dan macam-macam lagi untuk menyibukan diri..yeayyy 5.15 balik..tak berapa ontime..

Next Artikel : JB - Melaka - Shah Alam - Bukit Tinggi Part Three

Tuesday, June 21, 2011

JB - Melaka - Shah Alam - Bukit Tinggi Part One

JB - Melaka : Selasa 14 jun 2011

Lepas balik kerja merangkap hari last day bekerja di SB terus balik umah dan siap-siap pack barang aku & isteri masuk dalam bonet kereta.Semua barang aku termasuklah kipas angin,dokumen untuk kemasukan kerja baru,barang-barang lain dan tak lupa juga barang paling penting iaitu sijil nikah sementara berwarna merah yang tok kadi bagi aku dua minggu lepas..kalau tak bawak sijil sementaran nie saje je klu kena serbu ngn pencegah maksiat.



Lepas makan malam dalam pukul 9.00 Malam gerak terus ke Melaka.sebenarnya ke melaka nie adalah persinggahan sementera ke Shah Alam..tp tak macam sementara pun.Pergi lepak minum jap kt stall blkg Kapal Besar kt Bandar Hilir.Mood org bercinta.Nice view..sesiapa berminat bolehlah lepak sini.

Esok Pagi pusing-pusing melaka mula dengan Melaka Sentral.Isteri nak g cari tudung di Mawar Collection. Dier kata murah dari kt JB..Layan..lepas tue pergi Dataran Pahlawan, Pusing2 kt tempat sejarah,Dan Masuk Mahkota Parade pekena ABC.Pas makan ABC terus g Zoo Melaka dan last sekali g MyDIN kt MITC Melaka.kan aku dah cakap bukan singgah dah nie...satu hari suntuk berjalan..Mood org baru kawin..biasa lah.baru dapat lesen bawak anak orang berjalan sakan..hahaha

Next Artikel : JB - Melaka - Shah Alam - Bukit Tinggi Part Two

Culture

Di Malaysia:
                 "Budaya Melambangkan Bangsa"

Di SB budaya melambangkan Pepisahan:

               "Budaya Belanja Makan dan Hadiah Perhargaan" 

Untuk hari terakhir akan diadakan majlis Belanja Makan. cuma yang uniknya di sini sesiapa yang akan berpindah yang perlu belanja rakan-rakan lain. Aku masih teringat rakan-rakan lama belanja makan.Aziz ke Majlis Daerah Pontian belanja KFC, Rahim ke UTM juga KFC, Fakhrul ke UiTM Selayang KFC juga,Syaza ke UTM belanja PIZZA.Syokk

Dan sebagai timbal balik rakan-rakan lain akan memberi sedikit cenderahati.Merupakan Baju Batik jika bertukar ke Goverment.Aku mungkin separuh Goverment so mereka beri Kemeja dan Pen yang dipahat nama aku..cantik..

Terima Kasih Semua.

Next Artikel : JB - Melaka - Shah Alam - Bukit Tinggi Part One

Private to Goverment

Impian hampir semua staff di company lama aku untuk "Private to Goverment".

Semasa masih lagi bergelar seorang pekerja private di company lama.Aku sentiasa melihat rakan-rakan pejabat mengemas barang-barang dimeja dan di masukan ke dalam kotak kertas A4 yang menandakan hari terakhir aku dapat bekerja bersama-sama mereka.Kebanyakan mereka mendapat kerja Goverment.Masa itu aku juga berharap untuk mendapat kerja Goverment.

Tapi kenapa mereka dan aku inginkan kerja Goverment?.
Biarlah soalan ini menjadi tanda tanya.Aku malas nak mengupas cerita pasal kenapa mereka dan aku ingin kerja Goverment.

Tapi pada 14 Jun 2011 situasi itu berlaku pada aku.Aku ambil kotak kertas A4 berwarna kuning.aku isi barang-barang aku seperti piala-piala hari sukan company,cawan mcD,tabung Cecs Farbegasr,Jam loceng Arsenal,Cawan Arsenal,business card,key-chain yang kawan-kawan aku bagi masa mereka pergi bercuti,pay slip yang aku simpan kat laci dan barang-barang lain.Aku pulang laptop Company dan juga Door Access Card.Dan tepat pukul 5.30 Petang aku bukan lagi staff pekerja disitu.

Terima kasih buat semua rakan-rakan di ofis lama
SB- Ismiha, Afis, Murali, KakWa, Balkis, Nadia, Syikin, Rahman, Muaz, Fadh, Zam, Faris, Zizan, Yati, Kamil n Mr Farouk

My - kak Lela, Nurul, Am, kak emy, Abg Shafiq, Anis, Halim, Hairil, Abas, Mamat ,Rahman, Farah,Fira,Yam, Aishah, Shuhada, Meor, En Mus, En Hud dan En Sees.

Next Artikel : Culture

Monday, June 20, 2011

Peribahasa Melayu Chapter 01

Peribahasa lama ada kata :

" Kalau Takut Dilambung Ombak
Jangan Berumah Ditepi Pantai "

Sekarang aku ubah sikit peribahasa lama nie jadi peribahasa milik aku..orang lain kalau nak guna peribahasa ciptaan aku nie boleh tapi kalau apa-apa berlaku tanggung sendiri.

"Kalau Takut Beristeri Jauh
Jangan Berkahwin Dengan Isteri Bekerjaya"

Buat masa sekarang duduk berjauhan antara suami dah isteri adalah perkara yang hampir biasa.Aku gunakan term "hampir biasa" kerana ramai yang mengalami kes seperti aku tetapi masih belum cukup ramai untuk dikatakan "biasa" jadi aku guna perkataan hampir biasa

Aku kurang pasti berapa lama aku perlu sebegini,adakah 1 tahun,2 tahun atau seterusnya hanya Allah yang menentukan.Aku hanya perlu berusaha dan terus bersabar.Tapi yang pasti perkara ini mengubah hampir 360% dalam kehidupan aku.

Mungkin perkara ini akan menjadi kenangan manis apabila di imbau pada suatu hari nanti.Masa itu mungkin aku sudah seusia bapa ku sekarang.

P/S - Artikel ini ditulis bersamaan 18 hari bernikah dan 2 hari tanpa isteri disisi

Next Artikel : Private to Goverment