Monday, June 20, 2011

Peribahasa Melayu Chapter 01

Peribahasa lama ada kata :

" Kalau Takut Dilambung Ombak
Jangan Berumah Ditepi Pantai "

Sekarang aku ubah sikit peribahasa lama nie jadi peribahasa milik aku..orang lain kalau nak guna peribahasa ciptaan aku nie boleh tapi kalau apa-apa berlaku tanggung sendiri.

"Kalau Takut Beristeri Jauh
Jangan Berkahwin Dengan Isteri Bekerjaya"

Buat masa sekarang duduk berjauhan antara suami dah isteri adalah perkara yang hampir biasa.Aku gunakan term "hampir biasa" kerana ramai yang mengalami kes seperti aku tetapi masih belum cukup ramai untuk dikatakan "biasa" jadi aku guna perkataan hampir biasa

Aku kurang pasti berapa lama aku perlu sebegini,adakah 1 tahun,2 tahun atau seterusnya hanya Allah yang menentukan.Aku hanya perlu berusaha dan terus bersabar.Tapi yang pasti perkara ini mengubah hampir 360% dalam kehidupan aku.

Mungkin perkara ini akan menjadi kenangan manis apabila di imbau pada suatu hari nanti.Masa itu mungkin aku sudah seusia bapa ku sekarang.

P/S - Artikel ini ditulis bersamaan 18 hari bernikah dan 2 hari tanpa isteri disisi

Next Artikel : Private to Goverment

3 comments:

  1. Kat tempat aku pun ramai mcm ko..dah ada anak 2 orang pun masih berjauhan...hehhhee

    ReplyDelete
  2. sabar en majid..aku pn jauh gak..kena p kl tu..haha

    ReplyDelete