Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam..

Baru masuk 2 bulan bekerja di Negeri Selangor dan aku mula dapat serasi kan diri dengan suasana di sini.

1.Aku mula dapat menyesuaikan diri dengan sistem Punch Card ditempat kerja baru.Sebelum nie tempat kerja lama tak pernah ada Punch Card.Untuk setakat ini aku masih dapat mengekalkan dakwat hitam pada Punch Card aku.Walaupun pada mulanya rasa macam serabut jugak untuk membiasakan diri.

2.Hari pertama Ramadhan tanpa cuti.Benda yang agak asing bagi aku.Untuk itu aku ambil cuti rehat untuk sambut Ramadhan bersama keluarga baru aku(Keluaga isteri aku) dan Keluarga aku sendiri.Aku masih belum biasa untuk bekerja pada hari pertaman Ramadhan.Mungkin untuk tahun kedua..ketiga dan seterusnya aku masih terus mengambil cuti Ramadhan pertama bersama keluarga..

Thursday, July 21, 2011

To Mrs Pingu

Aku baru baca blog ko.Dan sekarang nie aku dah lama tak jumpa ko.Dan pasti nya aku tengah imagine bagaimana ko dan pingu boleh sama..So aku buat satu hipotesis dengan menanggalkan kepala ko dan meletak kan kepala ko di bahagian kepala pingu.Ok siap..hahaha..Agak lucu jugak kan bila aku imagine ko digabungkan dengan Pingu..

Tahniah buat ko Mrs Pingu kerana bakal di kurniakan cahaya mata(ayat skema yang kadang-kadang aku pun gelak bila aku tulis).Harap-harap ko dah bersedia dari segi mental dan pisikal.Nanti kalau aku balik JB aku datang melawat..huahua..sebab aku nak pasti kan ada tak mirip muka aku..haha

unemployed

Setelah sebulan masuk kerja tempat baru.Baru minggu nie aku berasa seronok untuk datang kerja kerana aku sudah dapat arahan kerja.Alangkah nikmatnya dapat kerja.Sebulan aku menuggu kerja yang tak kunjung-kunjung.

Aku flash back semula macam mana aku boleh dapat kerja..korang mesti pelikkan kenapa aku excited sangat dapat kerja.kalau korang nak taw aku dah sebulan tanpa arah tujuan..Selama sebulan aku dok mengadap facebook,Surat Khabar online,Yahoo Messenger dan Blog-blog..Sungguh letih hari-hari begini..tue yang aku excited bila dapat kerja sampai coretkan sikit dalam blog aku nie..

Cerita bermula di suatu petang sekitar 2.30 petang.Seorang staff yang berjawatan pegawai datang ke meja aku.Nama dia en. Cesc Farbegas(bukan nama sebenar).

en Cesc : Awak busy?
Aku       : X langsung(dalam hati gelak sebab lagi buat-buat tanya)
en Cesc : Jom ikut saya meeting.
Aku       :Terus berbunga hati aku yang sememangnya ada taman

Bermula dari petang tue aku terus ditugaskan untuk terus memahami dan analisa projek yang telah dibincangkan dalam meeting tersebut.(kalau korang dengar ayat aku tulis nie mesti nampak macam projek juta-juta kan)..So sehingga ke hari ini aku dok mengkaji pasal projek nie walaupun aku tak berapa paham sangat pun pasal projek nie.

P/S - Aku sentiasa berazam untuk lakukan yang terbaik dari orang lain..haha

Next Artikel : To Mrs Pingu

Thursday, July 14, 2011

Channel Sport

Semalam team Malaysia kena belasah 4-0 dengan Arsenal.Tapi aku bukan nak cerita pasal kekalahan team Malaysia.Tapi lebih kepada untuk sesi luahan perasaan terhadap Astro Channel Sport.Untuk sedia maklum ramai yang mengharap ASTRO akan menyiarkan siaran langsung perlawanan Malaysia vs Arsenal.Nak mengharapkan RTM jauh sekali.

Semalam : Sebelum balik kerja sempat tengok beberapa status FB rakan-rakan yang bertanya "Ada LIVE tak Malam nie".so aku pergi  page FB NADI ARENA.kat situ NADI ARENA ada buat statment yang berbunyi

"tuan-tuan, kami di astro arena tak boleh siarkan kalau tak beli hak siaran langsung. hak siaran langsung kini dengan penganjur. penganjur kata, hak itu tidak akan dijual kepada kami selagi 80 peratus tiket tidak terjual. bukan salah kami. kami juga menanti isyarat dari penganjur untuk membeli hak, sama seperti tuan menanti sama ada siaran langsung akan ada atau tidak."

Pendapat aku.pihak ASTRO dilihat tidak profesional dalam memberi alasan seperti ini.Aku sebagai pelanggan ASTRO tidak perlu tahu apa masalah yang korang alami.Yang kami tahu kami nak tonton perlawanan yang melibatkan Malaysia secara LIVE.tiap2 bulan kami bayar bil yang tinggi untuk menonton dan setiap beberapa tahun akan berlaku kenaikan charge yang kami tanggung.

P/S- Oleh itu tindakan yang boleh aku buat adalah dengan membuat panggilan telefon kepada pihak ASTRO supaya memotong Channel Sport  dirumah aku.

Next Artikel : unemployed      

Wednesday, July 6, 2011

Nyamuk

Untuk hari yang tak terhingga aku masih tiada kerja untuk dibuat.Penat dah tunggu kerja tapi tak kunjung tiba.Hampir sebulan aku terkapai-kapai menunggu kerja seperti bayi lapar yang menunggu botol susu.boleh ke sama kan aku cm nie..layan..

Masuk kerja pkl 7.47 pagi.terus on PC seolah -olah banyak kerja yang perlu disiapkan tapi sebenarnye xde ape pun nak buat.Ini adalah rutin harian aku ditempat baru..on Yahoo Messenger terus member chat..awal datang kerja..teruslah borak n gosip entah ape2 tajuk aku pun tak ingat..



Sampai satu topik yang paling aku suka pasal satu blog yang hentam artis..so aku cakap ngn dier..ramai jugak yang kondem tuan rumah blog tue..tapi member aku cakap yang komen macam tue banyak yang macam "Nyamuk".Nape plak nyamuk yang perlu di salahkan.Aku tanya pasal nyamuk..yelah ko tengok ramai yang pakai Anonymous.bila ada sorang kondem..mula lah nyamuk-nyamuk  nie nak kondem jugak..kalau tak de orang mula..nyamuk nie tak wujudlah..oooo gitu...layan..

p/s- Aku selalu komen letak URL blog aku..adakah anda nyamuk?

Next Artikel :Channel Sport