Monday, October 21, 2013

Urus Wang Bonus Secara Bijak

Lagi 3 hari pembentangan bajet akan dilakukan.Secara tidak langsung selaku kakitangan kerajaan aku juga turut ternanti-nanti pembentangan bajet.Persoalan yang bermain pada kakitangan kerajaan adalah adakah bonus kakitangan awam akan diberikan?.Oleh itu sedikit tips bagi pengurusan wang bonus secara bijak.Jika dalam bajet mengatakan kakitangan kerajaan akan mendapat bonus sebulan gaji.masyukk(RM 2000)


Dari website Bank Negara Malaysia : http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=109&pg=824&ac=61&bb=file


Antara panduan yang boleh digunakan dalam merancang kewangan adalah :


Pertama: (15% * RM2000 = RM300)
Menyimpan sebahagian daripada wang bonus itu sebelum berbelanja. Anda dinasihatkan supaya menyimpan sekurang-kurangnya 10-15 peratus daripada bonus yang anda terima.

Kedua : (5% * RM2000 = RM100)
Dinasihatkan  untuk menggunakan wang bonus yang baru diterima untuk mewujudkan satu dana kecemasan bagi memastikan anda mampu terus menjalankan  kehidupan seperti biasa biarpun ditimpa sebarang keadaan tidak diingini. Anda dinasihatkan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 5 peratus untuk dana kecemasan bagi menanggung kosperbelanjaan kecemasan. 

Ketiga : 
Membeli aset. Secara amnya, aset ialah apa sahaja yang dimiliki dan memberi nilai tambah kepada kewangan anda.Contoh aset yang boleh bertambah nilainya ialah rumah, emas, berlian dan hartanah.   

Keempat : (extra payment untuk hutang kereta RM440)
Melangsaikan hutang. Apabila anda mempunyai wang yang berlebihan anda boleh melangsaikan semua hutang tersebut atau mengurangkan jumlah hutang dengan membayar melebihi daripada kadar bayaran bulanan. Dengan melangsaikan atau mengurangkan tanggungan hutang, anda dapat mempercepat tempoh pembayaran, sekali gus menjadikan anda bebas daripada beban kewangan. Langsaikan dahulu hutang yang mengenakan caj faedah tinggi sepertikad kredit dan sebagainya.

Kelima :
Membuat pelaburan.Pastikan anda menerima segala maklumat penting mengenai pelaburan yang anda ingin ceburi dan syarikat yang menguruskan pelaburan itu. Anda dinasihatkan supaya membuat analisis terhadap syarikat pelaburan sebelum melabur dalam skim pelaburan tersebut.
.


Sunday, October 20, 2013

Kereta Impianku


Setiap orang mempunyai impian memiliki kereta impian mereka.Adakah anda telah memiliki kereta idaman anda?.Tinggalkan sahaja sebagai persoalan.Ada yang bertuah kerana memiliki kereta impian mereka semasa usia masih muda atau ada juga yang dapat memiliki kereta impian mereka semasa hidup mula stabil, gaji sudah semakin meningkat dan juga bisness semakin pesat berkembang.Dan ada juga mereka yang sudah bercucu 10 baru merasa kereta impian mereka dan ada juga sampai ke liang lahat, mereka masih tidak dapat memiliki kereta impian mereka.Ini semua kehendak yang maha esa. 


Apakah kereta yang anda miliki sekarang adalah kereta impian anda?.Untuk aku yang menggunakan kereta saga BLM tahun 2008.Kereta ini bukan kereta impian aku tapi ini adalah kereta yang aku mampu bayar bulananya.Kebanyakan orang yang berada di Malaysia seperti aku memiliki kereta tetapi bukan kereta impian mereka.

Setakat tahun 2013, Kereta yang aku idamkan adalah seperti dibawah...........