Thursday, October 10, 2013

Adakah pembelian kereta hybrid berbaloi?

Perancangan untuk menukar kereta proton saga BLM yang berharga RM40,000 dengan sebuah kereta hybrid seperti PRIUS C dengan harga RM98,000.Adakah ini cukup berbaloi?.

Perjalanan ke tempat kerja : Putrajaya - Shah Alam
Jarak : 100 KM (kombinasi city + highway)
Penggunaan Minyak : 8.5 Liter
Harga penggunaan minyak sehari : 8.5 Liter * RM2.10 =RM17.85

anda juga boleh rujuk website http://www.fuelly.com/car/proton/saga





Untuk kajian aku samada berbaloi atau tidak menukar saga BLM kepada PRIUS C,aku guna maklumat dari website tersebut untuk mengetahui penggunaan minyak bagi kereta hybrid PRIUS C .

anda juga boleh rujuk website http://www.fuelly.com/car/toyota/prius%20c



sebagai andaian jika aku beli Prius C

Perjalanan ke tempat kerja : Putrajaya - Shah Alam
Jarak : 100 KM (kombinasi city + highway)
Penggunaan Minyak : 4.6 Liter
Harga penggunaan minyak sehari : 4.6 Liter * RM2.10 =RM9.66


wow...jika aku bandingkan penggunaan minyak untuk sehari ulang alik kerja..aku akan jimat sebanyak
RM8.19 hasil tolakkan penggunaan minyak Proton Saga BLM iaitu RM17.85 dengan penggunaan minyak Toyota Prius C iaitu RM9.66.

Adakah dengan data ini sahaja telah membolehkan aku anggap berbaloi..aku juga perlu memasukkan perbezaan nilai harga kereta bagi kedua-dua kereta tersebut iaitu sebanyak RM58,000.Untuk mendapatkan penjimatan sebanyak RM58,000, aku perlu ulang alik kerja selama ?

Penjimatan minyak sehari : RM8.19
Penjimatan minyak sebulan : RM8.19 * 20 hari bekerja = RM163.80
Penjimatan minyak setahun : RM163.80 *12 bulan = RM1965.60

Oleh itu anda perlu 29 tahun untuk mendapatkan penjimatan minyak sebanyak RM58,000

RM58,000 / RM1965.60 = 29 Tahun


Adakah itu cukup berbaloi untuk aku menukar proton saga BLM kepada toyota Prius C?.






No comments:

Post a Comment