Tuesday, February 4, 2014

Idea oh Idea

2-3 Hari lepas banyak pulak orang post di facebook pasal "Kaji kesan negatif bermain futsal hingga lewat malam".Rujuk artikel dibawah dari facebook beserta komen dari kevin zahri.Padahal aku baru sebulan aktif semula nak bersukan badminton,tapi disebabkan court badminton dah book dan duit pun dah bayar aku ignore je lah artikel nie buat sementara..hehe

Sebenarnya bukan isu ini aku nak cerita..aku nak cerita pasal cerita selepas berbadminton.Lepak kedai mamak agak popular di presint 15.Kami mulakan dengan isu "kita nak bisness apa"?.Nie lah tajuk yang kami borak dari pukul 10.30malam sehingga 12.30pagi hanya berbekalkan segelas teh ais berharga rm1.50.

Bincang punya bincang kadang-kadang termasuk jugak isu lain seperti isu anak..isu politik dan macam-macam lagi.Kesimpulan yang kami dapat adalah kami mahu berniaga t-shirt cenderahati dan buka stall burger..so masing-masing dah diberi tugasan untuk buat survey tapak dan flow untuk setup kami punya bisness