Tuesday, January 20, 2015

Pinjaman Peribadi VS Dividen ASB

21/01/2015 - Rabu.

           Ada email untuk tawaran pinjaman peribadi masuk pukul 2.35pagi. Masih belum berminat untuk membuat sebarang pinjaman peribadi lagi buat masa sekarang. Cuba untuk mengelakkan sebarang pinjaman peribadi.





           Tapi untuk kali ini saya terfikir untuk membuat sedikit kira-kira samada kita masih untung atau tidak dengan pinjaman peribadi yang kita buat,kita labur balik  kedalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Jadi untuk permulaan kita lihat dulu jadual pembayaran balik untuk Pinjaman Peribadi.

 Intrest : 4.99% Setahun
Pinjaman : RM20,000 untuk 10 Tahun
Bayaran bulanan : RM250

          Dengan RM250 sebulan secara keseluruhan kita akan terpaksa membayar RM30,000 kepada bank bagi pinjaman dibuat sebanyak RM20,000. Oleh itu kita terpaksa membayar RM10,000 sebagai intrest. Wow banyak bukan??. Bagaimana kira-kira dibuat lihat dibuat?.

RM250 * 120 bulan = RM30,000
Keuntungan yang bank ambil dari kita adalah sebanyak RM30,000 - RM20,000 = RM10,000  


          Mari kita lihat pula sedikit kira-kira yang berkaitan dengan ASB. Untuk makluman rekod pembayaran dividen yang dibuat oleh PNB dari tahun 2000 sehingga 2014 adalah seperti di bawah :
            Kita ambil pembayaran dividen tahun 2014 sebagai asas bagi pembayaran dividen bagi tahun 2015 sehingga tahun 2024. Lihat jadual dibawah :


Jadi pada tahun 2025 selepas 10 tahun melabur dalam ASB anda akan dapat RM41,220.63.Selepas ditolak dengan RM30,000 bagi pembayaran pinjaman peribadi selama 10 tahun anda masih ada baki keuntungan sebanyak RM11,220.63.

RM41,220.63 - RM30,000 = RM11,220.63


* kira-kira ini dibuat dengan kadar intrest 4.99%
* kira-kira ini tidak termasuk apa-apa keputusan lain dari Bank Negara
* kira-kira ini tidak melibatkan bonus ASB.
* kira-kira ini mengambil pendekatan dividen adalah sama 7.50 seunit sehingga tahun 2024

      

1 comment:

  1. HALO JUGA
    Apakah Anda memiliki kartu kredit yang rendah dan Anda menemukan kesulitan untuk mendapatkan pinjaman modal dari bank / lembaga keuangan lokal lainnya? Kami menawarkan pinjaman jangka panjang dan pendek sangat dengan harga murah dan moderat tingkat 2%, kami bersertifikat, terdaftar dan perusahaan kredit yang sah. Anda dapat memperoleh pinjaman mulai dari $ 5.000 hingga $ 100.000.000,00 Serikat menyatakan dolar. Durasi pembayaran pinjaman kami adalah antara 1-20 tahun. Jika Anda tertarik silakan hubungi kami melalui: tamaragustavsonloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete