Monday, November 24, 2014

Aqiqah Anak dengan Ezy

            24/11/2014 - Hari Isnin..hari ini plan buat aqiqah secara online. Lepas buat beberapa review dan dalam masa sama rakan sekerja pun pernah buat aqiqah anak beliau menggunakan ezyQurban

Langkah pertama : Transfer duit aqiqah menggunakan maybank2u ke pihak ezyqurban. Transfer ke akaun ezy qurban sebanyak RM1650 untuk 3 ekor kambing .2 ekor kambing untuk Adam Mikhail dan 1 ekor kambing untuk Aisyah Sofea. Buat slip transfer tersebut dalam format image samada jpg/gif atau png (Sila pastikan tidak melebihi 200KB agar anda tidak menghadapi kesukaran untuk muat naik).



 Langkah kedua : Selepas buat transaksi ke akaun ezyqurban. Isi borang pendaftaran secara online di Daftar Aqiqah. Dalam borang pendaftaran online tersebut di mintak untuk attach slip resit tersebut. Bila dah siap hanya klik butang "continue". Paparan seperti dibawah akan keluar.




Langkah ketiga : Tunggu sehingga pihak ezyqurban  telefon telefon anda menggunakan nombor 03-61860911untuk pengesahan pendaftaran. Jika tak sabar juga anda boleh whatsapp atau inbox di facebook mereka.

No comments:

Post a Comment