Sunday, June 23, 2013

Akhirnya :Rumah Baru aku @ Bandar Saujana Putra

Tidak pernah aku menduga untuk memiliki rumah sendiri secepat ini, Allah permudahkan aku untuk memiliku rumah yang aku idamkan iaitu satu unit rumah teres single storey di Bandar Saujana Putra yang berkeluasan tanah 20 *70 dengan built up 1214sf. Hendak dikatakan luas amatlah tidak luas tapi bolehlah untuk dijadikan seperti peribahasa "Rumahku Syugaku". Dengan 4 bilik tidur dan 2 Bilik air.



Episod pembelian rumah ini sebenarnya tidak dirancang.Ceritanya bermula semasa aku jogging di taman perumahan yang baru aku sewa 2 bulan.ternampak perumahan baru bersebelahan taman perumahan aku.so bila balik rumah cerita pada wife.Petang tue wife ajak pergi tengok show house kawasan perumahan baru tersebut.sampai di sana adalah dalam 3-4 biji kereta ada di depan show house tersebut.Kami masuk dan bertanya pada sales girls berapa harga rumah tersebut konon-konon macam orang banyak duit bertanya..wahooo..RM288,000 bang..tinggal 3 unit sahaja.terus garu kepala.

Balik rumah bincang dengan wife sambil memerah otak boleh ke bayar rumah semahal tue dengan gaji kami yang tidak seberapa ini?. Maklumlah kami baru sahaja bekerja dalam setahun. Mane ada simpanan yang terlalu banyak untuk deposit dan sebagainya.Bila dah sebulat suara membuat keputusan untuk membeli.Isnin pagi keluarkan duit sebanyak RM3000 untk duit booking..Booking je dah RM3000..memang cekik darah betul..aku call balik sales girls semalam untuk maklumkan petang nie selepas ofis hour kami sampai untuk bayar duit booking..sales girls tue cakap..abang kena cepat sebab tinggal seunit je lagi..semalam ada 3 lagi..hari tinggal last unit. Cukup je tepat pukul 5 petang..terus pecut menuju ke Bandar Saujana Putra dari Shah Alam..sampai terus sign S&P dan pelbagai dokumen lain..so episod berikutnya bermula untuk mengeluarkan duit KWSP bagi tujuan pembayaran deposit sebanyak 10%..so harap maklumlah 10% dari RM288000.mana kami ada duit cash sebanyak tue.




Sekian,


5 comments:

  1. Mahalnya... Besar lg rumsh sy hrga baru rm158k tahun 2010. Thn ni teres setingkat kat sini baru rm180

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat mana tu en. zack... sedang mnecari rumah juga ni... hehehe

      Delete
  2. ms awak beli mybe belum mahal sngt kot..

    ReplyDelete