Friday, June 21, 2013

petua pengurusan kewangan keluarga dengan "sistem envelop"

             Saya ada satu tips untuk mengurus kewangan duit dengan lebih berkesan.Tips nie saya dapat selepas berkahwin,dimana isteri saya sarankan saya untuk menggunakan "sistem envelop".Siapa pernah dengar dengan sistem envelop ini?.Untuk pengetahuan semua, isteri telah menggunakan sistem envelop sejak dari kecil lagi.Patutlah masa fasa bercinta isteri saya selalu tiada masalah kewangan berbanding saya.Saya selalu ada masalah dengan kewangan,Belum sampai tarikh gaji wallet saya sudah kekeringan duit.

            Cara menggunakan sistem envelop ini ialah dengan mengeluarkan semua duit gaji ke dalam envelop-envelop yang telah ditulis seperti envelop duit minyak,envelop makan.envelop duit tol,envelop hutang ptptn dan apa sahaja keperluan dalam jangka masa sebulan.contoh boleh rujuk gambar di bawah.




             Bagi yang tidak mahir untuk menentukkan berapa amaun yang perlu diletakkan di setiap envelop.boleh menggunakan tip pengiraan sehari.

    contoh kita memerlukan duit minyak untuk pergi kerja:

    RM15.00 sehari * 5 hari bekerja dalam seminggu * 4 minggu dalam sebulan = RM300.00
   
    contoh kita memerlukan duit tol untuk pergi kerja sekiranya laluan mempunyai tol.

    RM 5.00 sehari * 5 hari bekerja dalam seminggu * 4 minggu dalam sebulan = RM100.00

   Selamat Mencuba

2 comments:

  1. saya da lama buat mcm ni. cuma tak tahu je nama dia sistem envelope. hehehheee

    ReplyDelete
  2. nama dier aku yang bagi nama..sebab aku masuk dalam envelop..huahua

    ReplyDelete