Monday, October 27, 2014

Ubat Anak Ekzema

                 28/10/2014 - Pengalaman aku menghadapi anak yang mempunyai masalah kulit ekzema. Untuk anak pertama aku guna produk dari House Of Healin jenis Derma-X itu pun selepas menonton slot Berita TV3 yang memaparkan seorang budak yang mempunyai masalah kulit yang teruk, selepas menggunakan Derma-X ada menunjukkan kesan yang positif. Jadi aku belikan satu untuk anak aku juga. Harga Derma-X nie boleh tahan jugak mahal tapi demi anak aku beli juga. Selepas guna seminggu masalah pada bahagian leher anak aku semakin kering. Jadi aku suggest Derma-X untk anak orang lain juga.

* Sila baca habis artikel ini sebelum membuat keputusan


                 Bila dapat anak kedua Mei 2014 aku dah standby satu lagi Derma-X untuk aku jika hal yang sama terjadi seperti abang dia. Untuk anak kedua aku nie masalah ekzema dia agak teruk berbanding abang dia. habis dua-dua belah pipi, leher, pelipat kedua-dua tangan, pelipat kedua-dua kaki, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan badan juga. Kami cuba sapu Derma-X selama seminggu tapi tiada kesan positif yang ditunjukkan. Kami terus refer pada Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful di Kajang. Doktor bagi sample Otopiclair Lotion kalau sesuai boleh beli di farmasi. Selepas seminggu guna Otopiclair Lotion memang ada nampak kesan positif yang baik cuma agak perlahan. Bila sample Otopiclair Lotion habis kami cuba cari lotion tersebut di Watson Farmacy Alamandan Putrajaya dengan harga RM78 untuk 120ML

      
                      Selepas 3 Minggu guna Otopiclair Lotion anak sudah semakin baik pada bahagian kaki dan leher tapi pada bahagian pipi dan pelipat tangan masih ON & OFF. Dalam masa sama Otopiclair Lotion pun habis. Jadi kena pergi farmasi sekali lagi cuma kali nie plan nak beli Otopiclair Cream pula. Sekali lagi pergi ke Watson Farmacy Alamanda Putrajaya untuk cari Otopiclair Cream. Harga RM58 untuk 40ML. Lebih mahal berbanding Otopiclair Lotion. Call wife tanya pandangan. lepas discuss wife mintak pergi ke Cosway Farmacy di Presint Diplomatik sebab disana RM105( Untuk Harga Ahli) bagi 100ML. Bila pergi sana grab terus Otopiclair Cream sambil mintak pandangan Farmacy disana tentang perbezaan antara Otopiclair Lotion VS Otopiclair Cream. Farmacy syor ambil Otopiclair Cream kerana lebih berkesan.  

Jadi saya suggest kepada yang mula nak guna produk Otopiclair nie guna yang Otopiclair Lotion terlebih dahulu.


Cosway Farmacy juga suggest

-  pakaikan anak dengan moisturiser seperti Ezerra, verselin
-  pastikan pakaian anak adalah 100% cotton
- elakan dari cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk
 


No comments:

Post a Comment