Monday, October 27, 2014

Ubat Anak Ekzema

                 28/10/2014 - Pengalaman aku menghadapi anak yang mempunyai masalah kulit ekzema. Untuk anak pertama aku guna produk dari House Of Healin jenis Derma-X itu pun selepas menonton slot Berita TV3 yang memaparkan seorang budak yang mempunyai masalah kulit yang teruk, selepas menggunakan Derma-X ada menunjukkan kesan yang positif. Jadi aku belikan satu untuk anak aku juga. Harga Derma-X nie boleh tahan jugak mahal tapi demi anak aku beli juga. Selepas guna seminggu masalah pada bahagian leher anak aku semakin kering. Jadi aku suggest Derma-X untk anak orang lain juga.

* Sila baca habis artikel ini sebelum membuat keputusan


                 Bila dapat anak kedua Mei 2014 aku dah standby satu lagi Derma-X untuk aku jika hal yang sama terjadi seperti abang dia. Untuk anak kedua aku nie masalah ekzema dia agak teruk berbanding abang dia. habis dua-dua belah pipi, leher, pelipat kedua-dua tangan, pelipat kedua-dua kaki, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan badan juga. Kami cuba sapu Derma-X selama seminggu tapi tiada kesan positif yang ditunjukkan. Kami terus refer pada Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful di Kajang. Doktor bagi sample Otopiclair Lotion kalau sesuai boleh beli di farmasi. Selepas seminggu guna Otopiclair Lotion memang ada nampak kesan positif yang baik cuma agak perlahan. Bila sample Otopiclair Lotion habis kami cuba cari lotion tersebut di Watson Farmacy Alamandan Putrajaya dengan harga RM78 untuk 120ML

      
                      Selepas 3 Minggu guna Otopiclair Lotion anak sudah semakin baik pada bahagian kaki dan leher tapi pada bahagian pipi dan pelipat tangan masih ON & OFF. Dalam masa sama Otopiclair Lotion pun habis. Jadi kena pergi farmasi sekali lagi cuma kali nie plan nak beli Otopiclair Cream pula. Sekali lagi pergi ke Watson Farmacy Alamanda Putrajaya untuk cari Otopiclair Cream. Harga RM58 untuk 40ML. Lebih mahal berbanding Otopiclair Lotion. Call wife tanya pandangan. lepas discuss wife mintak pergi ke Cosway Farmacy di Presint Diplomatik sebab disana RM105( Untuk Harga Ahli) bagi 100ML. Bila pergi sana grab terus Otopiclair Cream sambil mintak pandangan Farmacy disana tentang perbezaan antara Otopiclair Lotion VS Otopiclair Cream. Farmacy syor ambil Otopiclair Cream kerana lebih berkesan.  

Jadi saya suggest kepada yang mula nak guna produk Otopiclair nie guna yang Otopiclair Lotion terlebih dahulu.


Cosway Farmacy juga suggest

-  pakaikan anak dengan moisturiser seperti Ezerra, verselin
-  pastikan pakaian anak adalah 100% cotton
- elakan dari cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk
 


Thursday, October 23, 2014

Air Cond Saga BLM tak sejuk

             23/10/2014 - Hari ke-17 tunggu duit kwsp tak masuk- masuk, setiap hari login maybank2u dan KWSP Online untuk tengok status pengeluaran duit kwsp dah lulus atau belum.KWSP punya prosedur 21 hari, jadi ada 4 hari lagi kena tunggu.



             Salah satu plan duit KWSP adalah untuk service air cond kereta saga BLM aku yang makin hari makin tak sejuk. Wife pun dah bising bila dia berpeluang bawa kereta aku. Sejak beli memang tak pernah service air cond kereta pun.
  Wife : Kenapa Air Cond kereta abang nie tak sejuk
  Aku : Kereta lama sayang.6 Tahun dah tue

            Hari nie makin terasa kepanasan air cond kereta bila kena cuaca panas dah macam daging salai padahal air cond bukak full tapi tetap tak boleh nak sejuk. so langkah drastik perlu dibuat. Sampai ofis aku terus google macam mane nak service air cond filter. Jumpa satu video dari youtube

Tuesday, October 21, 2014

Susu Murah Bulan Oktober

                       18/10/2014 - Hari Sabtu.Macam biasa setiap bulan misi mencari kedai menjual susu dan pampers yang murah bagi meneruskan pembelian bijak setiap bulan. Bulan Oktober nampaknya pasaraya-pasaraya besar sedikit kemut dalam memberi diskaun kepada susu Sustagen Junior 1+ dan S26 step 1 yang anak aku minum.

Tesco Promotion dari 16hb -29hb Oktober 2014


Aeon Big  Promotion dari  10hb -23hb Oktober 2014

Saya pergi ke Alamanda Putrajaya semata-mata nak beli susu Sustagen Junior 1+  tapi bila tengok harga  RM61.75 terus batalkan niat untuk beli. Untuk susu S26 Step 1 habis stok masa saya pergi.

Mydin Presint 15 Putrajaya

Masih mengekalkan harga RM61.75 bagi Sustagen Junior 1+



 21/10/2014 - Hari Selasa.try google kedai sensei yang provide harga yang murah jumpa blog http://www.elissmie.com/2014/04/tips-beli-susu-murah-dan-kole-percuma.html . Dier beli di kedai seperti dibawah. Saya try call nombor telefon dibawah untuk pastikan harga terkini Sustagen Junior 1+ dan
S26 Step 1.

Kedai Ubat Dan Runcit Yong Xin
Alamat Kedai : No. 89, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, Bukit Raja,
 Klang, 41050, Klang, Selangor 41050‎ 
03-3342 6345
 
 Harga Sustagen Junior 1+  = RM53.50
 Harga S26 Step 1             = RM70.20
 
 
 *gambar susu bulan september Sustagen Junior +1 RM56.++ dan S26 Step 1 RM72.++ di kedai sensei di JB




Monday, October 13, 2014

Deco : Subscribe Channel Sport Asto Njoi

                  Piala Malaysia JDT vs Terengganu on 817

Langkah-Langkah untuk topup nilai prabayar Astro Njoi


Langkah pertama
Beli kad prabayar Astro Njoi terlebih dahulu seperti di bawah. Cuba cari di kedai elektrik yang boleh buat pemasangan astro.


Langkah kedua
Gores no pin kad prabayar


Langkah ketiga
Masukkan 111 <space> No Smartcard <space> No pin 16 Digit dan hantar ke 33310
contoh seperti dibawah


Langkah-Langkah Untuk Subscribe Channel  di Astro Njoi

Langkah pertama

Buka saluran 200 dan pilih

Langkah kedua

Langkah ketiga

Langkah keempat
Taip NJE<space> 15 Digit kod pakej dan hantar ke 33888

contoh seperti dibawah


Langkah kelima
Buka channel 817 Untuk tonton Aksi Piala Malaysia: JDT vs Terengganu.








                      

Diskaun 20 Peratus Pinjamanan PTPTN

14/10/2014 - Hari Selasa terpapar di wall facebook aku berkaitan tawaran diskaun PTPTN yang ditawarkan semasa pembentangan dalam bajet 2015. Bila semak pada teks ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di lawan web rasmi kerajaan mmg betul tawaran 20% diskaun untuk pembayaran secara sekaligus. Tawaran sehingga Mac 2015.

facebook Astro Awani yang masuk di wall aku

teks ucapan bajet 2015


Tawaran menarik!!

                  Dalam masa yang sama aku tengah menunggu pengeluaran wang kwsp yang aku buat seminggu yang lepas, selepas genap bekerja di jabatan kerajaan dan telah disahkan jawatan. Jadi boleh aku guna sebahagian dari duit kwsp ini untuk settle hutang PTPTN.

Sabar menanti status pengeluaran sebagai lulus

Wednesday, October 8, 2014

Pizza Big Box

                       03/10/2014 - Hari Jumaat last day sebelum bercuti selama 3 hari dimana Hari Raya Qurban jatuh pada hari ahad dan digantikan pada hari isnin. Oleh itu minggu nie panjang sikit cuti. Raya Qurban tahun nie kami sekeluarga tak balik ke kampung sebab dah 2 minggu berturut balik Johor. Jadi minggu nie just lepak-lepak dirumah sahaja.

                      Malam nie kami malas nak masak lagi pun baru lepas gaji. Jadi plan order je Pizza Hut Delivery. Selalunya kami akan pickup sendiri di Pizza Hut Delivery sebabnya PHD dekat je dengan rumah. Tapi atas desakan mood yang malas kami try kelainan skit dengan order je online terus dari PHD website.

           kami order variety box seperti gambar di atas .

 Adam Mikhail paling excited bila abang pizza datang umah.